Ikuti Kami:

Wonpil DAY6 Debut Solo Dengan Lagu ‘Voiceless’ & Positif COVID Kini

Wonpil DAY6 Debut Solo Dengan Lagu ‘Voiceless’ & Positif COVID Kini

Won-pil DAY6 telah berjaya debut sebagai artis solo namun, terselit juga berita yang menyedihkan.

Pada 7 Februari, JYP Entertainment telah mendedahkan album penuh solo pertama Won-pil “Pilmography”, yang menampilkan lagu utama “Voiceless”. “Voiceless” ialah lagu balada yang memaksimumkan emosi liriknya dengan menggabungkan genre seperti waltz dan blues. Won-pil sendiri turut mengambil bahagian bagi lirik dan gubahan lagu itu, dibantu oleh rakan sekumpulan DAY6 Young K dan komposer Hong Ji-sang.

Namun, pada tarikh yang sama juga, JYP juga telah membuat pengumuman tambahan menyatakan Won-pil akan membatalkan aktiviti promosinya sehingga diberitahu kelak, selepas idola itu disahkan positif COVID. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JYP:

Won-pil menerima dua dos vaksin tahun lepas tetapi salah seorang kakitangan Won-pil disahkan positif jadi dia juga mengambil ujian PCR serta-merta pada 7 Februari. Kemudian pada hari yang sama, Won-pil juga diuji positif.

Bagi segala aktiviti promosi solonya, JYP turut mengumumkan,

Semua aktiviti yang dijadualkan pada masa hadapan akan dibatalkan atau ditangguhkan sehingga diberitahu kelak dan kami akan membuat pengumuman berikutan keadaan kesihatan artis.

Semoga cepat sihat Won-pil! Jom dengar lagu solonya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...