Ikuti Kami:

Wonho Bakal Comeback Dengan Album Mini Ke-3 ‘Facade’

Wonho Bakal Comeback Dengan Album Mini Ke-3 ‘Facade’

Terbaru, syarikat pengurusan Highline Entertainment telah mengeluarkan satu khabar gembira apabila mereka memuat naik satu imej kemunculan semula penyanyi, Won-ho melalui saluran sosial media rasmi mereka.

Nama album mini ke-3 Won-ho iaitu “Facade” diumumkan melalui satu imej poster yang menarik perhatian peminat dari seluruh dunia yang sangat menantikan kemunculan semula Won-ho.

Jika dilihat melalui imej poster “Coming Soon” yang berlatar belakang warna hijau sangat menarik perhatian dengan Won-ho terapung di udara, seolah-olah dia ingin menjangkau langit. Suasana yang misteri, termenung dan samar-samar meningkatkan lagi rasa ingin tahu tentang konsep sisi berbeza yang Won-ho akan tunjukkan melalui “Facade”.

Single pertama Won-ho sebelum ini “Obsession” yang dikeluarkan pada Februari, bersama lagu yang bertajuk “Eye On You” dan lagu “Somebody”, berjaya memenangi populariti peringkat global dan peminat dalam pelbagai carta global.

Dengan setiap lagu yang dikeluarkan, Won-ho berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai artis solo yang berbakat dengan menunjukkan keupayaan muziknya, meningkatkan lagi jangkaan tentang jenis muzik dan pentas yang akan mengejutkan peminat menerusi album baharu “Facade”.

Korang jangan lupa dengar lagu album mini ni nanti tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...