ATEEZ telah membuat pencapaian baharu di YouTube!
Pada 13 Januari, muzik video ATEEZ untuk lagu “WONDERLAND” telah berjaya melepasi 100 juta tontonan di YouTube, menjadikannya muzik video pertama kumpulan itu pernah mencapai kejayaan ini.
“WONDERLAND” telah dikeluarkan pada 8 Oktober 2019, bermakna lagu itu mengambil masa lebih dua tahun, tiga bulan dan empat hari untuk mencapai hingga ke tahap ini.
Tahniah ATEEZ! Jom dengar lagu “Wonderland”.