Kelmarin, kecoh dunia hiburan Korea tentang Kim Soo-hyun yang katanya terlibat dengan kes Kim Sae-ron yang mengambil nyawanya sendiri.
Selepas pendedahan keluarga mendiang, terdapat pula pendedahan lain yang mendakwa bahawa pelakon Won Bin turut cuba melangsaikan hutang milik Kim Sae-ron sebanyak 7 bilion won (RM21.3 juta) kepada agensi Kim Soo-hyun. Hutang itu terkumpul dari kes Kim Sae-ron memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kerosakan di kawasan sekitar.
Pendedahan itu dilakukan dalam ruangan komen video milik YouTube ‘Garo Sero Institute’ mengenai tindakan Kim Soo-hyun yang menganiaya Kim Sae-ron semasa hayatnya,
Dalam video lain, keluarga mendiang Kim Sae-ron akan mendedahkan rakaman selama tiga minit. Terdapat juga dakwaan bahawa Won Bin mengetahui mengenai penderitaan Kim Sae-ron akibat hutang 7 bilion won tersebut dan ingin membayarnya bagi pihak mendiang. Won Bin benar-benar hebat. Saya hampir menangis. Tetapi Kim Soo-hyun, yang hartanya melebihi berbilion-bilion won, mendesaknya untuk membayar balik 7 bilion won itu sehingga menyebabkan mendiang dihalau dari rumahnya dan akhirnya mati?
Kim Sae-ron pernah berlakon bersama Won Bin dalam filem “The Man From Nowhere” pada tahun 2010, yang membuatkan dia popular dalam kalangan orang ramai.
Pada 16 Februari yang lalu, Won Bin melawat bilik mayat di Hospital Asan Seoul pada 17 Februari untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang. Dia dilihat berkali-kali mengelap air mata ketika berbual dengan kenalan sebelum meninggalkan tempat tersebut.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.