Ikuti Kami:

WINNER Umum Konsert Pertama Dalam Dua Tahun Secara Luar & Dalam Talian

WINNER Umum Konsert Pertama Dalam Dua Tahun Secara Luar & Dalam Talian

WINNER baru sahaja mengumumkan konsert solo pertama mereka dalam masa hampir dua tahun, ‘WINNER 2022 Concert’!

Pada 18 Februari, YG Entertainment telah melancarkan butiran rasmi untuk konsert Seoul WINNER akan datang ‘WINNER 2022 Concert’, yang akan berlangsung dari 30 April hingga 1 Mei di Dewan Olimpik Seoul. Pertunjukan pada 30 April akan berlangsung sebagai konsert bersemuka sahaja, manakala pada 1 Mei, peminat dari seluruh dunia juga akan berpeluang untuk menonton melalui strim langsung dalam talian.

Sebagai tambahan kepada pengumuman konsert pada hari ini, WINNER turut menyampaikan mesej berikut melalui YGE:

Kami sangat merindui Inner Circle (nama kelab peminat) kami. Apa yang kami mahukan lebih daripada apa-apa dan perkara yang peminat kami mahu lihat lebih daripada apa-apa, ialah pentas kami. Kami mahu bercakap lebih lanjut tentang apa yang akan datang, tetapi kami mahu memulakan dengan menyampaikan berita terbaik terlebih dahulu, jadi kami telah memutuskan untuk mengadakan konsert solo.

winner 2022 concert

Tiket untuk ‘WINNER 2022 Concert’ akan mula dijual mulai 28 Februari untuk ahli kelab peminat, dan pada 7 Mac untuk orang awam. Tiket untuk konsert dalam talian akan mula dijual pada 8 Mac jam 1 petang melalui Weverse Shop.

Jangan lupa beli tiket tau Inner Circle!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...