Ikuti Kami:

WINNER Bakal Buat Pertemuan Peminat Secara Online Jun Ini

WINNER Bakal Buat Pertemuan Peminat Secara Online Jun Ini

Kumpulan popular lelaki WINNER, yang terdiri daripada empat ahli iaitu Kang Seung-yoon, Kim Jin-woo, Song Min-ho dan Lee Seung-hoon, sah bakal adakan pertemuan bersama peminat secara atas talian di peringkat global!

“WE’LL BE BACK” merupakan pertemuan bersama peminat secara atas talian itu bakal diadakan pada 4 Jun akan datang.

WINNER, telahpun bertemu dengan peminat melalui konsert “WINNER 2022 CONCERT (THE CIRCLE)” yang telahpun berlansung pada 30 April dan 1 Mei yang lalu. Pertemuan bersama peminat secara atas talian dilihat mempunyai lebih banyak peluang untuk berkongsi cerita yang pelbagai dan masa yang menyeronokkan dan bermanfaat bersama peminat dari seluruh dunia. Acara pertemuan ini telahpun dipersetujui dan segala persiapan sedang dijalankan.

winner

WINNER mengeluarkan album penuh ke-3 mereka “Remember” dengan maksud “Mari mengingati satu sama lain” dengan peminat pada tahun 2020. Pada masa itu, mereka mengucapkan selamat tinggal antara satu sama lain melalui lagu buat peminat “Well” antara lagu yang disertakan, dan melalui ini peminat secara atas talian dari setiap pelusuk dunia bakal bertemu dengan WINNER.

Pertemuan bersama peminat secara atas talian dijangka menjadi acara yang lebih bermakna kerana ia merupakan pertemuan pertama secara atas talian dan akan diadakan di BBANGYATV (Bangya) pada 4 Jun pada pukul 8 malam. Ia akan disiarkan secara langsung di 150 negara di seluruh dunia.

Tiket sudah boleh ditempah mulai 11 Mei di BBANGYATV dan YES24 secara global termasuk Korea, JUSETICKET di Jepun dan THAITICKETMAJOR di Asia Tenggara.

Ini lah masa yang korang tunggu kan? Jangan lepaskan peluang ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...