Sibuk betul Wi Ha-joon sampaikan pelbagai projek yang berebut untuk mengambilnya berlakon kini.
Terbaru, lelaki itu dikhabarkan bakal menyertai Park Seo-joon dan Han So-hee dalam sdrama “K Project”.
“K Project” ialah sebuah thriller mengenai kelangsungan hidup dan maruah manusia. Ia mengisahkan anak muda yang tinggal dalam waktu di mana kedaulatan dan hak dirampas dan mereka perlu melampau garisan supaya dapat merasai walau sedikit pun kebahagiaan.
Komen agensi Wi Ha-joon,
Wi Ha-joon akan muncul dalam “K Project” dan kami sedang menyusun jadual kini.
Dalam pada itu, Park Seo-joon dan Han So-hee dilaporkan telah menerima tawaran “K Project” namun masih belum ada laporan rasmi mengenainya.
Khabarnya Wi Ha-joon akan melakonkan watak Kwon Jun-taek, rakan baik kepada watak Park Seo-jun. Meskipun dilahirkan dalam keluarga kaya, dia mempunyai perasaan antipati buat keluarga pro-Jepun. Dia mempunyai pertalian yang aneh dengan watak Park Seo-joon di mana lelaki itu mengatakan yang dia ialah orang luar namun mereka akhirnya rapat.
Habis Wi Ha-joon cabar semua watak!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.