Ikuti Kami:

Wi Hajoon Sah Bergandingan Dengan Kim Goeun Dalam Drama Misteri ‘Little Women’

Wi Hajoon Sah Bergandingan Dengan Kim Goeun Dalam Drama Misteri ‘Little Women’

Wi Ha-joon nampaknya semakin sibuk kini!

Sibuk dengan drama “Bad And Crazy”, pelakon lelaki itu disahkan bakal menjadi antara teraju tama untuk drama “Little Women”.

Iany membawa kisah tiga orang adik-beradik yang membesar dalam kedaifan namun bangkit melawan keluarga berpengaruh di Korea. Untuk watak berkenaan, sudah disahkan bahawa Kim Go-eun, Nam Ji-hyun dan Park Ji-hoo akan berlakon sebagai adik-beradik.

Bagi Wi Ha-joon, dia akan melakonkan watak Choi Do-il iaitu seorang yang menarik perhatian ramai dengan penampilan yang sofistikated dan bijak, selain pandangan yang tajam dan kemahiran analitikal yang hebat kerana merupakan graduan universiti berprestij. Lelaki itu kemudiannya muncul di hadapan watak Kim Go-eun yang terlibat dalam insiden besar, dan merupakan kunci penting dalam drama ini dek kewujudan misterinya.

wi hajoon

Pertama kali bergandingan, ramai menantikan sinergi yang akan ditonjolkan oleh Wi Ha-joon dan Kim Go-eun nanti.

Nantikan “Little Women” yang akan ditayangkan pada tahun ini di tvN.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...