Ikuti Kami:

Wi Hajoon Kongsi Tak Pernah Tinggal Senaman Selama 10 Tahun

Wi Hajoon Kongsi Tak Pernah Tinggal Senaman Selama 10 Tahun

Sesiapa pun pasti amat mengenali pelakon yang sedang menyinar, Wi Ha-joon yang sebelum ini meraih perhatian melalui “Squid Game” dan “Bad And Crazy”.

Terbaru, Wi Ha-joon tampil dalam sesi fotografi bersama satu majalah fesyen, “Dazed” untuk edisi Mei ini.

Wi Ha-joon dipilih sebagai salah seorang daripada 25 lelaki paling seksi tahun ini oleh majalah “People” selepas siri “Squid Game” terkenal di seluruh dunia tahun lepas. Apabila ditanya mengenai definisi ‘seksi’, dia menjawab

Tidak kira jantina, sesiapa pun akan kelihatan lebih cantik apabila mereka semakin menua dan masih mempunyai semangat yang sama apabila mereka bekerja keras. Bukankah itu seksi?

wi hajun

Kunci disebalik kegigihan Wi Ha-joon tidak lain tidak bukan adalah bersenam.

Saya mula berkhidmat dalam tentera ketika berusia 22 tahun. Ketika itu, saya cukup kurus sehingga berat saya tidak sampai 60kg. Saya sudah 32 tahun pada tahun ini, jadi sudah 10 tahun saya mengamalkan senaman. 

Dalam temu bual sebelum ini, Wi Ha-joon mengatakan bahawa dia menyedari hakikat bahawa populariti akan datang dan pergi seperti air surut. Wi Ha-joon turut mengatakan bahawa dia tidak terlalu goyah dengan mana-mana trend walaupun mendapat perhatian menerusi karya seperti “Squid Game”. Baginya, lakonan menjadi sesuatu yang lebih mendalam dan akan berubah-ubah.

wi hajun

Sejujurnya, saya juga mendapat keyakinan. Tetapi tanggungjawab juga bertambah. Kedua-duanya wujud bersama dengan kuat. 

Wi Ha-joon semestinya seorang pelakon yang sangat bersungguh dalam setiap perkara yang dia lakukan bukan sahaja lakonan tetapi juga perkara peribadi. Semoga Wi Ha-joon akan terus bersinar dalam industri!

Korang amalkan bersenam tak? Jom kita amalkan hidup sihat seperti Wi Ha-joon!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...