Ikuti Kami:

‘What Is Love’ Jadi MV Ke-2 TWICE Capai 600 Juta Tontonan

‘What Is Love’ Jadi MV Ke-2 TWICE Capai 600 Juta Tontonan

TWICE telah mencipta pencapaian baru untuk MV mereka!

Pada 28 Disember, muzik video TWICE untuk lagu “What Is Love?” telah melepasi 600 juta tontonan di YouTube. Ini adalah muzik video kedua mereka yang mencapai 600 juta tontonan, selepas “TT”.

“What Is Love” ialah lagu tajuk album mini ke-5 TWICE dengan nama yang sama, dan digubah serta ditulis oleh J.Y. Park. Liriknya penuh dengan rasa ingin tahu, yang diluahkan oleh seorang gadis yang belajar mengenai cinta hanya dari buku dan filem. TWICE melengkapkan trek dengan pesona indah dan tenaga cerah mereka, dan telah menerima kasih sayang daripada peminat di seluruh dunia.

Muzik video “What Is Love” mengambil masa kira-kira tiga tahun, lapan bulan, 18 hari dan 11 jam untuk mencapai ke tahap ini, sejak ianya dikeluarkan pada 9 April 2018 jam 5 petang.

Tahniah TWICE! Jom dengar lagu ni lagi sekali.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...