Wendy RED VELVET dan Son Tae-jin telah mengeluarkan muzik video mereka untuk lagu “Be Deep”.
“Be Deep” ialah duet istimewa antara vokalis muzik Mystic Story dan penyanyi SM Entertainment, Son Tae-jin dan Wendy RED VELVET.
Muzik video ini memaparkan jalan cerita romantis apabila seorang lelaki bertemu dengan seorang wanita yang boleh menjadi cintanya yang paling hebat.
Komposer Hen dan Jung Dong-hwan MELOMANCE menggambarkan lagu itu sebagai lagu yang penuh kenangan hangat dan pemandangan indah serta lagu yang akan membuatkan anda rasa cinta yang lebih mendalam.
Manakala penulis lirik Yang Jae-seon, menyatakan cinta harus menjadi tempat berehat di mana anda boleh ketawa dan bermain.
Merdunya suara mereka berdua!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.