Selepas dua tahun menyepikan diri daripada membintangi mana-mana drama, Lee Je-hoon dikhabarkan bakal menerajui sebuah drama baru yang diadaptasi daripada webtoon popular.
“Deluxe Taxi” ialah sebuah kisah mengenai perkhidmatan teksi unik di mana pemandunya membalas dendam bagi pihak penumpangnya. Difahamkan Lee Je-hoon akan membawa watak Kim Do-ki, seorang yang misteri tetapi mempunyai keyakinan yang tinggi dan kuat. Dia merupakan graduan daripada Akademi Tentera Laut dan merupakan pegawai Pasukan Peruntuh Bawah Air namun kehidupannya berubah selepas ibunya dibunuh pembunuh bersiri.
Selepas khabar angin itu berterbangan, agensi naungan lelaki itu iaitu Saram Entertainment mengeluarkan kenyataan,
Lee Je-hoon ada menerima tawaran SBS ‘Deluxe Taxi’ dan sedang menelitinya dengan positif.
Macam menyeronokkan sahaja premis ini dan tambahan pula Lee Je-hoon merupakan seorang pelakon yang berbakat, mesti best drama ini nanti!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.