Ikuti Kami:

“Wataknya..” – Shin Hyesun Dedah Setuju Terajui Drama ‘Dear Hyeri’ Hanya Sejam Selepas Terima Skrip

“Wataknya..” – Shin Hyesun Dedah Setuju Terajui Drama ‘Dear Hyeri’ Hanya Sejam Selepas Terima Skrip

Siap sedia semua untuk tonton drama terbaru dari Shin Hye-sun berjudul “Dear Hyeri”!

Diterajui Shin Hye-sun dan Lee Jin-wook, “Dear Hyeri” membawa kisah protagonis yang memiliki masalah personaliti disosiatif, dek sedih melampau selepas kehilangan adik kesayangan dan ditinggalkan kekasih hati.

Terbaru ketika sesi sidang media yang dilakukan, Shin Hye-sun mendedahkan sebab dia setuju untuk membintangi drama ini dengan berkata,

Saya tiada banyak pengalaman atau tahu banyak tetapi, skrip drama ini segar berbanding apa yang saya alami setakat ini.

shin hyesun

Sambungnya,

Wataknya sangat menawan jadi saya berkata saya bersetuju ingin melakukannya hanya sejam selepas menerima skrip.

Sementara itu, Shin Hye-sun akan memainkan dua watak dalam drama ini iaitu Joo Eun-ho, seorang juruhebah yang tidak dikenali meski dah 14 tahun bekerja dan Joo Hye-ri, alter egonya, seorang pekerja pengurusan tempat letak kereta.

Nantikan “Dear Hyeri” akan mula disiarkan pada 23 September ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   News 1

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...