Meskipun kesemua teraju utama “A Business Proposal” disayangi ramai namun ada satu watak yang membuatkan rata-rata penonton menggelegak.
Siapa yang menonton pastinya kenal dengan watak Lee Min-woo yang dilakonkan oleh Song Won-seok? Merupakan lelaki yang disukai Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) dalam diam, dia juga sepertinya tahu wanita tersebut menyukainya.
Pun begitu, Lee Min-woo yang sudah pun memiliki teman wanita dan berterusan melayan Shin Ha-ri sebagai rakan baik mula tak tentu arah apabila mengetahui wanita tersebut dikejar oleh Kang Tae-mu (Ahn Hyo-seop).
Bahkan dia cuba memisahkan mereka berdua dan meluahkan rasa cemburu apabila Shin Ha-ri dan Kang Tae-mu mula rapat. Rata-rata penonton geram melihat Lee Min-woo yang hanya mahu menyimpan wanita itu sebagai pelan ‘back up’ apabila dia tidak mempunyai wanita namun hanya berasa tergugat selepas rakannya itu berubah perasaan.
Mungkin kerana geram dengan sikap buaya dan pentingkan diri Lee Min-woo, ada penonton yang telah membuka akaun peminat-anti buat watak tersebut. Sepertinya ia dibuka oleh peminat daripada Vietnam berdasarkan foto tangkapan skrin yang tersebar luas ini.
Dalam pada itu, kebanyakan penonton meluahkan rasa meluat dek Lee Min-woo kerana menjadi batu penghalang atas hubungan Shin Ha-ri dan Kang Tae-mu malah tidak menganggapnya sebagai rakan yang baik kerana mempermainkan perasaan wanita itu.
Minta kejian kan watak Lee Min-woo?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.