Nampaknya, ramai yang kurang gemar dengan pengakhiran untuk “Squid Game” musim ketiga..
[SPOILER]
Meskipun dah berusaha untuk kekal hidup hingga ke akhirnya namun, kesemua pemain dalam “Squid Game 3” telah mati dan hanya seorang sahaja yang terselamat iaitu anak kepada Jun-hee, pemain 222.
Menerusi satu temu bual, pengarah Hwang Dong-hyuk berkongsi bahawa dia sebenarnya mempunyai rancangan yang berbeza untuk ending drama itu dan tidak berniat untuk membunuh watak Gi-hun. Kongsinya,
Pada mulanya, saya mempunyai idea samar-samar tentang bagaimana saya akan menamatkan cerita itu. Pada masa itu, Gi-hun menamatkan permainan dan dia pergi untuk jumpa anak perempuannya di Amerika. Jadi pada asalnya, saya fikir orang yang menyaksikan wanita perekrut Amerika itu ialah Gi-hun.
Sambungnya,
Tetapi ketika saya mula menulis cerita, saya mula berfikir ‘Apa yang saya ingin sampaikan dengan pengakhiran cerita ini?’ dan juga ‘Apakah perjalanan Gi-hun yang sepatutnya dan apakah destinasinya?’. Saya menyaksikan lebih banyak perkara yang berlaku di seluruh dunia dan fikir ia lebih sesuai untuk Gi-hun menghantar mesej yang kuat dengan kematiannya. Begitulah kisah itu berakhir.
Ada sebab pengarah pilih ending yang macam tu..