Boleh dikatakan ramai yang suka tonton drama “Do Do Sol Sol La La Sol” sekarang ini kerana plotnya yang ringan dan menghiburkan. Tambahan pula melihat telatah Goo Ra-ra, anak orang kaya yang naif dan langsung tidak tahu apa-apa pasal kehidupan.
Buat yang tak tahu, ia adalah sebuah kisah komedi romantik mengenai seorang pemain piano Goo Ra-ra (Go A-ra) yang jatuh terduduk apabila keluarganya mengalami kegagalan. Cuba untuk bangun dengan melawat ke sebuah akademi piano ‘La La Land’ yang terletak di sebuah perkampungan kecil, tanpa sengaja wanita ini telah berkenalan dengan seorang lelaki dingin dan misteri iaitu Sun Woo-joon (Lee Jae-wook) yang sepertinya menyimpan pelbagai rahsia.
[Amaran SPOILER]
Pun begitu, penonton yang sedang seronok melayan drama ini nyata terkejut apabila Sun Woo-joon yang pada awalnya mengaku bahawa dia sebaya Ra-Ra iaitu 24 tahun didedahkan sebenarnya adalah pelajar tahun akhir sekolah menengah.
Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut kerana secara tak langsung lelaki itu adalah berusia 18 tahun yang masih lagi diklasifikasikan sebagai bawah umur kalau di Korea.
IM PRAYING TO GOD THIS BETTER BE A MISUNDERSTANDING I PRAYING THIS BETTER BE NOT TRUE!!! HE BETTER NOT BE A HIGH SCHOOOER PLEASE DO NOT RUIN THE DRAMA FOR PLEASE!!!! #DoDoSolSolLaLaSol pic.twitter.com/4zGILxYggN
— Netizen Drama 🕊 (@NetizenDrama) October 21, 2020
i honestly still cant believe they did this…sigh…#DoDoSolSolLaLaSol pic.twitter.com/KfyCDIHlVG
— Netizen Drama 🕊 (@NetizenDrama) October 22, 2020
[SPOILER Tamat]
Kesemua penonton mengharapkan agar Sun Woo-joon mempunyai rahsia lain bagi menjelaskan keadaan ini memandangkan agak pelik sekiranya seorang lelaki bawah umur bercinta dengan wanita dewasa.
Apa pun, kita nantikan lagi perkembangan “Do Do Sol Sol La La Sol” pada episod akan datang supaya lebih jelas mengenai pendedahan umur sebenarnya.
Tonton drama ini secara eksklusif di Netflix~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.