Watak Anak Perempuan Kim Taehee Sebenarnya Lelaki, Ini Penjelasan Pihak Produksi ‘Hi Bye, Mama!’

seo woojin hi bye mama

Drama “Hi Bye, Mama!” ternyata tidak menghampakan langsung semasa tayangan awalnya. Kim Taehee yang dah 5 tahun berehat daripada dunia lakonan berjaya membuktikan kehebatan lakonannya menerusi watak sebagai seorang ibu yang menjadi roh berkeliaran kerana tidak dapat meninggalkan anaknya seorang diri.

Bayangkan, baru sahaja dua episod ke udara tetapi kesemua penonton dah teresak-esak menangis apabila melihat Cha Yuri (Kim Taehee) yang memarahi takdir kerana dia tidak dapat menyelamatkan anaknya Seo Woo (Seo Woojin) yang terperangkap dalam peti sejuk kerana dia adalah roh dan tak siapa yang dapat melihatnya.

hi bye, mama!

Memang ramai yang terpersona dengan pelakon dewasa seperti Kim Taehee dan Lee Kyuhyung tetapi penonton juga terpikat melihat kecomelan pelakon cilik yang membawa watak anak perempuan Cha Yuri iaitu Seo Woo. Rupanya kanak-kanak ini memang dah beberapa kali berlakon dalam drama lain selain turut menjadi model untuk pelbagai iklan.

Bertambah mengejutkan apabila pelakon cilik yang membawa watak anak perempuan itu sebenarnya adalah seorang lelaki. Apa? Serius tahu! Mungkin sebab dia mainkan watak Seo Woo dengan baik sekali sehingga tiada siapa sangka bahawa dia adalah seorang kanak-kanak lelaki.

seo woojin hi bye mama

Ramai yang tertanya-tanya kenapa pihak produksi “Hi Bye, Mama!” membuat keputusna untuk mengambil Seo Woojin sebagai pelakon untuk watak Seo Woo. Disebabkan oleh pertanyaan orang ramai, akhirnya satu sumber mendedahkan sebab mereka.

Kami mengambilnya berlakon kerana mukanya yang mirip dengan Kim Taehee dan lakonannya yang stabil.

Punyalah berjaya penyamarannya sebagai kanak-kanak perempuan sampaikan ada kakitangan daripada pihak produksi sendiri yang terkejut apabila mengetahui tentang kebenaran identiti Seo Woojin itu.

hi bye mama

Tak kisahlah lelaki atau pun perempuan, tapi yang pastinya Seo Woojin memang sangat hebat memainkan watak sebagai Seo Woo. Sama-sama saksikan lakonan mantapnya dalam “Hi Bye, Mama!” menerusi saluran tvN.

Sumber: SPOTVNEWS

1 komen

Leave a Reply to Bawa Watak Anak Perempuan Dalam ‘Hi Bye, Mama!’, Netizen Risau Perkembangan Identiti Pelakon Cilik Lelaki Itu | KimchiDaily.my Cancel reply