Ikuti Kami:

Song Jihyo Dipuji Jadi Ahli Sihir Sofistikated, Sinematografi Episod Awal ‘The Witch’s Diner’ Bak Filem

Song Jihyo Dipuji Jadi Ahli Sihir Sofistikated, Sinematografi Episod Awal ‘The Witch’s Diner’ Bak Filem

Selepas lama menanti, akhirnya drama terbaru Song Ji-hyo iaitu “The Witch’ Diner’ sudah pun menemui penonton beberapa hari lalu.

Sinopsis

Drama fantasi gelap ini membawa kisah restoran ahli sihir yang menjual makanan. Ia membantu merealisasikan impian sesiapa dengan meminta pertukaran nyawa pelanggan tersebut.

Pertemuan penuh misteri

Sepertinya Jo Hee-ra (Song Ji-hyo) sudah lama memerhatikan Jung Jin (Nam Ji-hyun) dan Lee Gil-yong (Chae Jong-hyeop) dan dengan nasib yang mampu dikawalnya, mereka kini bekerja bersama di restoran ‘The Witch’s Diner’.

Masih lagi berahsia namun penonton tidak sabar menanti apakah hubungan yang akan terjalin di antara mereka bertiga. Yang pastinya, setiap episod akan menyajikan pelbagai makanan melazatkan sebagai balasan kepada ketamakan manusia.

song jihyo the witch's diner

Sinematografi dan lakonan memuaskan

Song Ji-hyo nyata melakukan perubahan dalam kariernya apabila berjaya menghidupkan watak ahli sihir dengan pakaian yang elegan, aksesori yang unik, pandangan yang tajam dan suara yang tidak berperasaan. Bukan itu sahaja, lakonan baik Nam Ji-hyun dan Chae Jong-hyeop turut membuatkan premis drama ini semakin menarik.

chae jonghyeop nam jihyun

Para penonton turut memuji sinematografi “The Witch’s Diner” yang kelihatan seperti filem dek efek grafiknya yang mantap dan tidak nampak kekok. Macam bukan drama web!

Wah macam filem, cantik betul sinematografinya.

 

Song Ji-hyo betul-betul menjiwai watak. Lakonan Nam Ji-hyun dan Chae Jong-hyeop juga bagus. Best lah cerita ini!

 

Pandai mereka pilih watak ahli sihir, sesuai sangat dengan Song Ji-hyo.

 

Cantik betul Song Ji-hyo jadi ahli sihir.

 

Pengarahan, muzik, pelakon semuanya baik malah efek grafik juga melepasi jangkaan… Wow macam sedang menonton filem fantasi.

 

Wow.. sukalah dengan karakter Song Ji-hyo!

 

Pandai betul Song Ji-hyo berlakon, cantik pulak tu.

Korang dah layan belum? Kalau tak tahu nak tengok di mana, boleh tonton di WeTV. Dua episod baru akan keluar pada hari Jumaat pada jam 4 petang (waktu tempatan Korea) okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...