Ikuti Kami:

Wanita Umur 40-an Jadi ‘Intern’, Ra Miran & Uhm Jiwon Sah Bintangi Drama ‘Cruel Intern’

Wanita Umur 40-an Jadi ‘Intern’, Ra Miran & Uhm Jiwon Sah Bintangi Drama ‘Cruel Intern’

Dua pelakon hebat Ra Mi-ran dan Uhm Ji-won akan membintangi drama baru TVING “Cruel Intern”!

“Cruel Intern” yang diarahkan oleh Han Sang-jae ini, akan membawa kisah tentang seorang wanita dalam umur lingkungan 40-an, yang kembali bekerja sebagai pelatih selepas 7 tahun diberhentikan kerja. Ia merupakan sebuah drama yang menggambarkan proses untuk terus bertahan.

Ra Mi-ran akan memegang watak Go Hae-ra, yang kembali memasuki dunia pekerjaan bagi mendapatkan semula nama dan tempat kerja yang dia telah lupakan selama 7 tahun. Hae-ra, yang terkenal sebagai ‘gila kerja menyendiri’, adalah Pengarah Pengurusan yang berjaya dan terbaik. Dia dengan berani meletakkan jawatan dan menumpukan seluruh tenaganya untuk keluarganya. Dalam 7 tahun yang berlalu dengan begitu pantas, dia sedar bahawa ‘watak sebenar’ Go Hae-ra telah hilang. Semasa bergelut untuk bekerja semula, dia menerima tawaran sebagai seorang ‘intern’ daripada bekas rakan sekerja, dan berjaya mendapatkan pekerjaan dengan semangatnya.

Manakala Uhm Ji-won akan membintangi sebagai Choi Ji-won, iaitu seorang ketua jabatan perancangan produk yang canggih. Dengan karisma hebat dan sifat kepimpinannya, dia melakukan segala yang dia mampu untuk terus hidup di tempat kerja. Choi Ji-won bertemu dengan Hae-ra semasa temu duga, dan dia mengupahnya sebagai pelatih dalam pasukannya sendiri, dan memberinya ‘cadangan’ yang manis namun kejam.

tving cruel intern

Penerbit drama ini menyatakan,

Seorang gadis cantik yang melalui realiti kejam ketika berusia 40-an sambil cuba mencari pekerjaan semula, dan seorang wanita yang kehilangan dirinya. Kami akan mempersembahkan karya yang dibuat dengan baik yang mengandungi naratif simpati pekerja pejabat dengan cara yang halus dan menyeronokkan.

Nantikan keluaran drama ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...