Memang susah menjadi selebriti di Korea kerana mereka sering menerima komen buruk mengenai pelbagai perkara termasuklah penampilan.
Terbaru, Yu-jeong BRAVE GIRLS telah mendedahkan bahawa dia biasa menerima komen jahat serta ugutan bunuh kerana berat badan dan rupa parasnya.
Mereka memanggil kami ‘Wanita Khinzir’.. Saya turut menerima mesej yang mengugut untuk membunuh saya.
Tulis mereka,
‘Saya akan membunuh awak (apabila awak berada di persembahan muzik). Seperti penipuan kan? Awak ingat saya tak boleh buat ke?’
Antara komen jahat lain,
‘Pertama kali melihat, kenapa mereka seperti khinzir? Sedap sungguh idola makan sekarang?’, ‘Saya tahu mereka berehat daripada menjadi idola buat sementara waktu, tapi tolonglah jaga badan awak.’, ‘Tolong buang lemak di perut itu’.
Untuk pengetahuan, Yu-jeong mendedahkan hal tersebut di dalam program terbaru bertajuk “Diet” di mana wanita itu turut menyatakan bahawa dia berdiri di ketinggian 163cm dengan berat 53kg.
Ish ish…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.