Utama Drama Korea Wanita Bongkar Punca Kematian Suami Kaya, Cho Yeojung Ditawar Berlakon Drama Misteri...

Wanita Bongkar Punca Kematian Suami Kaya, Cho Yeojung Ditawar Berlakon Drama Misteri ‘High Class’

cho yeojung

Khabarnya Cho Yeo-jung telah pun menerima tawaran dalam sebuah drama baru bertajuk “High Class”.

Drama ini membawa kisah misteri seorang janda dan seorang kekasih simpanan yang bertemu sebagai ibu bapa di sebuah sekolah antarabangsa di Jeju dan mula bekerjasama untuk membongkar rahsia serta membalas dendam di sebalik kematian suaminya. Ia menonjolkan kesukaran dan cinta terlarang apabila sekumpulan wanita di bawah nama ‘ibu’ bertembung.

Cho Yeo-jung dikatakan akan membawa watak Song Yeo-ul, iaitu ibu kepada Lee Chan dan merupakan peguam keluarga. Meskipun nampak molek tapi dia mempunyai kekuatan yang luar biasa dan walaupun berpakaian biasam dia tampil mewah. Wanita itu menjadi sasaran cemburu dek kekayaan suaminya, anak yang comel serta kerja yang hebat. Namun kematian suaminya membuatkan dia menjadi stigma ‘perempuan jahat’ dan mungkin bakal kehilangan segala-galanya.

cho yeojung

Selepas berita ini berterbangan, agensi pelakon ini mengesahkan bahawa mereka ada menerima tawaran “High Class” dan ia masih lagi sedang diteliti.

Kehebatan lakonan Cho Yeo-jung sememangnya tak dapat dinafikan kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYTN
Loading...