Ikuti Kami:

Wanita Boleh Komunikasi Dengan Kucing, Choi Taejoon & Song Jieun Dilamar Terajui ‘His Voice’

Wanita Boleh Komunikasi Dengan Kucing, Choi Taejoon & Song Jieun Dilamar Terajui ‘His Voice’

Selepas pulang daripada latihan ketenteraan, sudah pasti ramai yang menanti drama terbaru daripada Choi Tae-joon kan?

Berita baik untuk semua kerana lelaki itu dikatakan bakal membintangi drama bertajuk “His Voice”. Malah Song Ji-eun juga dikatakan bakal menyertainya sebagai heroin.

Menerusi laporan berkenaan, kedua-dua agensi Choi Tae-joon dan Song Ji-eun mengesahkan berita tersebut dan menjelaskan mereka sedang menelitinya kini.

“His Voice” ialah drama komedi romantik mengenai pekerja separuh masa di kedai serbaneka yang sedang mencari kerja tetap dengan seorang pilot tampan dan kucingnya. Drama ini mengisahkan apabila seorang wanita pemalu mendapat kebolehan untuk berkomunikasi dengan kucing yang dijumpainya secara tidak sengaja dan cuba mengawal haiwan peliharaan tersebut.drama his voiceChoi Tae-joon dilamar melakonkan watak Baek Tae-hwa, pemilik kucing itu dan merupakan seorang juruterbang. Dia mempunyai latar belakang yang bagus selain rupa yang tampan sehingga ramai yang jatuh cinta kepadanya. Disebabkan oleh personalitinya yang baik, lelaki ini sering membuat wanita menangis tanpa sengaja. Hotel haiwan peliharaan yang sering dilawatinya tanpa disangka ditutup pada hari dia mempunyai jadual penerbangan, jadi Baek Tae-hwa meletakkan kepercayaan kepada seorang wanita untuk menjaga kucingnya.

Song Ji-eun pula akan melakokan watak Go Mi-rim, seorang yang mempunyai latar belakang biasa dan optimistik. Dia bekerja di sebuah kedai serbaneka sambil mencari pekerjaan tetap, namun dia mula mendengar suara kucing selepas dipanah petir lantas menjadikan plot drama romantik ini lebih menarik.

Hanya drama pendek, “His Voice” dirancang untuk ditayangkan pada platform OTT (laman penstriman).

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...