Utama Drama Korea Wanita 1950-an Ingin Jadi Kaya, Kim Taeri Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon...

Wanita 1950-an Ingin Jadi Kaya, Kim Taeri Dilamar Terajui Drama Adaptasi Webtoon ‘Jeong Nyeon’

kim taeri

Nampaknya, Kim Tae-ri bakal menemui penonton dalam pelbagai naskhah baru.

Terbaru, Kim Tae-ri dilaporkan akan membintangi drama adaptasi webtoon popular, berjudul “Jeong Nyeon”. Berikutan itu, agensinya memberi respon,

Kim Tae-ri telah ditawarkan watak dalam ‘Jeong Nyeon’. Ia adalah salah satu karya yang sedang disemak kini.

Untuk pengetahuan, “Jeong Nyeon” berlatarkan tahun 1950-an dan menggambarkan kisah seorang wanita muda bernama Yoon Jeong-nyeon yang membesar tanpa apa-apa dan tidak belajar apa-apa, tetapi mempunyai matlamat untuk menjadi kaya.

kim taeri

Menambah keterujaan, drama ini merupakan pembuatan semula dari webtoon popular, dengan nama yang sama.

Dalam pada itu, “Jeong Nyeon” dijadualkan untuk tayang pada 2023, selepas melengkapkan kesemua barisan pelakon.

Sama-sama kita nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERYTN
Loading...