Ikuti Kami:

Wang Punca 6 Selebriti Khianat Selama 6 Hari, Terhibur Tonton ‘New World’ Di Netflix Kini

Wang Punca 6 Selebriti Khianat Selama 6 Hari, Terhibur Tonton ‘New World’ Di Netflix Kini

Netflix tak sahaja memberikan perhatian buat penghasilan drama, tapi rancangan hiburan juga menjadi platfom mereka untuk meneroka pelbagai lagi kemungkinan idea.

Sebab itu, laman penstriman itu menayangkan “New World” bermula hari ini di mana ia menampilkan 6 selebriti Korea popular iaitu Lee Seung-gi, Eun Ji-won, Jo Bo-ah, Park Na-rae, Kim Hee-chul dan Kai EXO.

Lain daripada yang lain, ianya seperti dunia utopia yang memaparkan personaliti sebenar mereka apabila diminta untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan mata wang virtual di sebuah terpencil. Plot twistnya ialah bagaimana mereka akan kehilangan dan mendapatkan ganjaran hingga ke penghujungnya di mana jumlah yang tinggal akan dapat ditukarkan kepada wang sebenar. Bertambah best, mereka mempunyai rumah dan gaya kehidupan tersendiri. Pasti menarik!

netflix new world

Kredit: Netflix

Menerusi sidang media yang berlangsung baru-baru ini, ternyata “New World” akan menjadi sumber hiburan baru buat pelanggan Netflix. Serius!

Dunia utopia mengujakan

“New World’ membawa konsep yang tak pernah dilihat dalam program lain. Jelas Ko Min-seok PD,

Pertama sekali, kami mahu menyampaikan perasaan misteri dan baharu dengan tajuk ‘ke dalam dunia baru’. Kami berusaha keras untuk merealisaikan tema utopia itu. Walaupun setiap kemahuan adalah berbeza, namun kami memberikan 6 buah rumah sebagai hadiah kerana mahukan ahli berasa mereka tinggal dalam satu perkampungan apabila mereka tiba termasuklah pembinaan restoran, kafe dan bank.

netflix new world

Kredit: Netflix

Penghibur sifu

Rasanya semua tahu bahawa Lee Seung-gi dan Eun Ji-won memang ‘kamceng’ selepas bertahun menghabiskan masa bersama dalam pelbagai rancangan hiburan di luar. Disebabkan itu, ramai yang menantikan apakah yang bakal ditonjolkan mereka dalam “New World”.

Seloroh Lee Seung-gi,

Sangat selesa dan seronok menjalani rakaman bersama Eun Ji-won. Dalam program hiburan seperti ini, seseorang perlu memainkan watak antagonis, tapi apabila saya melakukan sesuatu yang jahat disampingnya, saya tak rasa terbeban langsung. Sebab saya percaya yang Eun Ji-won sangat hebat dalam pengkhianatan. Saya yakin apa yang dikatakan Eun Ji-won adalah penipuan sahaja.

Jawab ahli kumpulan SECHKIES itu pula,

Sangat seronok berjumpa Lee Seung-gi semula setelah sekian lama. Dalam hati, saya sangkakan yang dia akan berada di sisi saya tak kira apa pun berlaku – namun dia langsung tak menyenangkan saya, sangat menghampakan.

Walaubagaimanapun tidak seperti dahulu, Lee Seung-gi mengatakan bahawa Eun Ji-won semakin lembut hati sekarang. Selepas mengkhianati sesiapa, dia akan berasa bersalah kini walhal di langsung tak berperasaan jika melakukan perkara yang sama suatu ketika dahulu.

Jawab Eun Ji-won,

Saya dah jadi baik sikit.

netflix new world

Kredit: Netflix

Senior tapi baru di dunia luar

Walaupun sudah sekian lama bertapak dalam dunia hiburan, namun Kim Hee-chul meluahkan rasa terujanya dengan program di luar dan bukannya di dalam studio seperti kebiasaan buatnya.

Ahli Super Junior itu turut mendedahkan pandangannya mengenai ahli lain,

Saya takut dengan Lee Seung-gi dan Eun Ji-won namun Jo Bo-ah adalah lebih menggerunkan. Saya tak tahu nak berpihak pada siapa namun Park Na-rae adalah yang paling ‘malaikat’ antara semua.

Pelawak Park Na-rae juga nyata terkesima dengan program baharu yang dicubanya ini. Malah tak sangka dia diberikan kebebasan untuk meminta apa sahaja daripada pengarah dan penerbit.

Saya berasa ingin tahu apakah yang akan terjadi sekiranya kami tinggal di pulau selama 6 hari. Tapi apa yang terjadi menjangkaui imaginasi saya.

netflix new world

Kredit: Netflix

Orang baru dunia realiti

Nampak berkarisma di televisyen, namun Kai EXO dan Jo Bo-ah menyembunyikan personaliti sebenar dari dunia. Namun dengan “New World”, semua orang pasti akan terkejut dengan ‘persembahan’ mereka.

Malah Lee Seung-gi dan Eun Ji-won memilih Kai atau nama sebenarnya, Kim Jong-in sebagai bintang yang patut dinantikan ramai. Ahli EXO itu sendiri mengatakan bahawa dia terkejut apabila melihat sisi barunya sepanjang rakaman rancangan itu,

Saya rasakan seperti ia merupakan program baru yang tak pernah dilihat sebelum ini. Semasa menyertai ‘New World’, letak ketepi bahawa ia adalah rancangan hiburan, ianya nampak menghiburkan. Bukan hanya menyertai program hiburan, saya dapat merasai sisi baru dalam dunia yang baru dan berbeza. Dan semasa penggambaran, kadang-kadang saya terfikir, ‘Oh, saya mempunyai sisi seperti ini juga.’

Tak cukup dengan itu, Lee Seung-gi turut mengatakan bahawa Jo Bo-ah merupakan kunci utama “New World”. Jelas pelakon itu, kalau tiada wanita tersebut pastinya rancangan tersebut tak akan seronok sebegini.

netflix new world

Kredit: Netflix

Pun begitu, Jo Bo-ah meluahkan risau dengan personalitinya yang digelar ala ala “Tempation Of Wife” itu,

Saya dapat melalui pemandangan, penyembuhan dan hiburan. Semua menyatakan bahawa mereka menunjukkan sisi yang baru tapi saya berasa risau dengan penampilan sendiri.

Punyalah dahsyat pengkhianatan yang berlaku sampaikan pengarah memberikan amaran bahawa kesemua mereka mungkin akan bermasam muka atau memutuskan hubungan selepas 6 hari itu!

Mesti anda dah curious kan? Jadi, cepat serbu Netflix dan tonton dua episod awal “New World” sekarang juga!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...