Ikuti Kami:

Walaupun Masih ‘Rookie’, aespa Terima Anugerah ‘Artist Of The Year’ Di GDA

Walaupun Masih ‘Rookie’, aespa Terima Anugerah ‘Artist Of The Year’ Di GDA

aespa sekali lagi membuktikan kekuatan mereka sebagai kumpulan ‘rookie’!

Pada 8 Januari lepas, telah berlangsungnya acara ’36th Golden Disc Awards’, yang menampilkan persembahan dari kumpulan hebat seperti OH MY GIRL, TXT, ENHYPEN, IU dan aespa sendiri.

Dengan keluaran lagu hit seperti “Next Level” dan “Savage” pada tahun ini, aespa telah berjaya membawa pulang 4 anugerah iaitu ‘Digital Bonsang (Next Level)’, ‘Cosmopolitan Artist’, ‘Rookie Artist’ dan anugerah utama ‘Artist of the Year’ di majlis berprestij itu.

Apa yang menjadikan anugerah ‘Artist of the Year’ ini lebih istimewa buat aespa ialah kerana, mereka menerima anugerah itu sebagai kumpulan ‘rookie’ iaitu kumpulan yang baru saja debut. Tambahan pula, mereka juga adalah kumpulan gadis K-pop pertama dan kumpulan K-pop ke-3 yang mempunyai pencapaian ini dalam sejarah K-pop, selepas SEO TAIJI & BOYS dan TVXQ.

aespa artist of the year

Sekadar makluman, Winter tidak menghadiri acara ’36th Golden Disc Awards’ kerana masalah kesihatan yang dialaminya pada hari itu.

Tahniah aespa!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...