Ikuti Kami:

“Walaupun Kami Bergaduh..” – Youngjae Kongsi Kisah Persahabatan Antara Ahli GOT7

“Walaupun Kami Bergaduh..” – Youngjae Kongsi Kisah Persahabatan Antara Ahli GOT7

Young-jae baru-baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah The Star, dan dia telah berkongsi pelbagai perkara menarik!

Young-jae kini sibuk dengan drama web digital “Love & Wish” dan single baharunya “Walk With Me” yang baru dirilis. Berkenaan dengan lagu baharunya itu, dia berkongsi,

Lagu baharu saya ‘Walk With Me’ ialah lagu yang bagus untuk didengari pada musim sejuk.

Walaupun Young-jae tetap merendah diri tentang kerjaya lakonannya yang sedang berkembang, dia berkongsi bahawa dia berasa selesa semasa penggambaran walaupun masih baru.

Saya sebenarnya berasa lebih santai apabila berlakon, dan ketegangannya berbeza. Saya masih terlalu malu untuk menggelarkan diri saya sebagai pelakon, tetapi saya mahu bekerja lebih keras pada masa hadapan supaya saya boleh berlakon seperti Hwang Jung-min atau Joaquin Phoenix.

GOT7

Mengenai persahabatan bersama dengan ahli GOT7, Young-jae dengan bangganya mengesahkan bahawa dia dan rakan kumpulannya masih rapat seperti biasa, dia mendedahkan,

Kami masih seronok bercakap tentang perkara yang remeh ketika kami sembang bersama-sama. Kami sebenarnya lebih rapat sekarang. Walaupun kami bergaduh, kami sentiasa bercakap melalui rundingan dan kompromi. Kami percaya untuk sentiasa menyelesaikan sesuatu melalui perbualan tidak kira apa pun, dan apabila kami berkata kami akan melakukan sesuatu, kami adalah jenis yang akan sokong antara satu sama lain dan bekerjasama untuk menyelesaikannya.

Apabila ditanya mengenai erti kebahagiaan baginya, Young-jae meluahkan,

Keluar kerja awal. Saya tidak tahu mengapa semua orang menyembunyikan ini. Dapat keluar kerja awal bermakna saya bekerja keras dan telah melakukan kerja dengan baik.

Akhirnya, Young-jae memberitahu bagaimana dia ingin dikenali umum sebagai seorang artis.

Saya mahu tampil kepada umum sebagai penyanyi yang hebat dan terkenal. Sejujurnya, saya tidak menjangkakan orang ramai tahu jenis muzik yang saya cipta. Saya ok dengan itu. Tetapi saya ingin orang ramai tahu siapa penyanyi Young-jae itu. Saya akan sudah gembira dengan itu.

youngjae got7

Jangan lupa tonton drama terbaharu Young-jae “Love & Wish”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...