Ikuti Kami:

“Walaupun Dia Popular..” – Pengarah & Pelakon ‘The White Lotus 3’ Dedah Sikap Sebenar Lisa Di Set

“Walaupun Dia Popular..” – Pengarah & Pelakon ‘The White Lotus 3’ Dedah Sikap Sebenar Lisa Di Set

Pasti ramai yang tahu kan bahawa Lisa BLACKPINK telah melakukan debutnya sebagai pelakon menerusi “The White Lotus 3”.

Dalam satu temu bual, pengarah Mike White dan pelakon Lek Patravadi telah bercakap mengenai watak Lisa dalam drama itu selain memuji sikapnya ketika di set penggambaran. Luah pengarah,

Lisa seorang yang hebat dan sangat berbakat. Dia seorang pelakon semula jadi. Dia tidak pernah berlakon sebelum ini tetapi lakonannya sangat semula jadi. Kebimbangan saya adalah tentang perhatian yang diberikan kepadanya kerana dia seorang yang terkenal di peringkat antarabangsa. Namun, kehadirannya di set memang positif dan menyeronokkan.

Selain itu, Lek Patravadi juga turut berkongsi pengalamannya bekerja dengan Lisa walaupun mereka hanya mempunyai sekali sahaja adegan bersama dalam “The White Lotus 3”. Katanya,

Dia sangat sopan dan pandai mengatur masa. Dia benar-benar menyentuh hati saya dan saya sangat berbangga kerana walaupun dia seorang bintang besar, dia masih tetap mengekalkan budaya, adab dan paling penting, menghormati orang lebih tua serta rakan-rakan di sekelilingnya. Saya sangat gembira dapat jumpa dengannya.

Lisa memang disayangi ramai tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...