Ikuti Kami:

WAJIB Ditonton! 10 Drama Korea Bawa Kisah Kesihatan Mental

WAJIB Ditonton! 10 Drama Korea Bawa Kisah Kesihatan Mental

Tema kesihatan mental sebenarnya merupakan sesuatu yang sangat berat namun arena K-Drama langsung tak takut untuk mencabar untuk memperkenalkan elemen tersebut dalam pelbagai naskhah mereka. Bahkan hal ini secara tak langsung mengajar penonton yang kurang arif mengenai hal ini.

Nah! Ini antara drama popular yang mengetengahkan isu kesihatan mental sebagau tunjang utamanya.

1. It’s Okay To Not Be Okay

pengajaran it's okay to not be okay

Drama ini sarat dengan pelbagai kecelaruan berkaitan kesihatan mental bukan sahaja melibatkan ketiga-tiga watak utamanya malahan watak sampingan lain yang tinggal di Hospital Psikiatri OK.

Namun kisah ini lebih memberi fokus nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana trauma silam selain lebih mengutamakan tugas menjaga abangnya yang mengalami masalah autistik. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

2. Kill Me Heal Me

kill me heal me

Hidup seorang lelaki yang mempunyai 7 personaliti kini mula berselirat selepas berkenalan dengan seorang wanita yang juga merupakan ahli psikologi. Kehebatan lakonan Jisung dalam membawa pelbagai watak berbeza ternyata mendapat pujian penonton.

Walaupun bermain dengan masalah psikologi tetapi babak kelakar yang diselit di antaranya berjaya membuka mata orang ramai supaya lebih mengenali isu kesihatan mental ini. Bahkan ramai yang terkesan melihat Cha Do-hyun berusaha mengenal pasti masalah akarnya bagi mengubati masalahnya itu.

3. It’s Okay, That’s Love

its okay thats love

Sebuah drama unik di antara penulis Jang Jae-yeol (Jo In-sung) dan pakar psikiatri Ji Hae-soo (Gong Hyo-jin) yang mempunyai masalah kesihatan mental tersendiri. Dalam pada mereka cuba menerima trauma lama, kedua-dua watak itu turut menyokong dan menerima kekurangan masing-masing dan seterusnya membina hubungan yang menyentuh hati.

4. Fix You

episod akhir fix you

Membawa kisah seorang ahli psikiatri yang percaya dengan teknik menyembuhkan dan bukan memberi penawar sebagai rahsia utama rawatannya. Lee Shi-joon (Shin Ha-kyun) adalah seorang doktor yang sanggup meredah lautan api bagi memastikan pesakitnya dirawat.

Manakala Han Woo-joo (Jung So-min) pula ialah seorang pelakon muzikal yang sedang meningkat naik dan juga merupakan salah seorang pesakit di bawah jagaan Shi-joon. Meskipun nampak ceria dan bebas jiwanya, wanita itu sebenarnya menyimpan luka emosi yang dalam dan moodnya berubah dari satu masa ke satu masa.

5. My Mister

netflix my mister

Ji-an (IU) yang hidup dengan bebanan keluarga mula mengalami kemurungan dan melihat hidupnya dalam sudut negatif sahaja. Pada suatu hari dia bertemu dengan Dong-hoon (Lee Sun-kyun) yang positif dan tanpa disangka telah membina perhubungan yang rapat.

Drama ini sangat menyentuh hati dan menonjolkan manusia yang gagah mengharungi dugaan hidup selain menekankan kepentingan kuasa empati.

6. Hyde Jekyll, Me

hyde jekyll and me

Gu Seo-jin (Hyunbin) adalah anak orang kaya yang juga merupakan CEO kepada sebuah taman tema. Lengkap dengan pelbagai kelebihan seperti wajah yang tampan, pandai dan juga kekayaan tapi lelaki ini sebenarnya mengalami kecelaruan identiti disosiatif. Apabila denyutan jantungnya meningkat laju, personalitinya akan berubah kepada seorang yang lembut dan baik, tak sepertinya diri sebenarnya yang dingin.

7. Good Doctors

good doctors

Park Shi-on (Joo Won) adalah seorang doktor yang mempunyai masalah autistik dan sindrom savant. Meskipun mengalami sedikit kesukaran kerana kondisinya itu, lelaki itu sanagt berbakat sehingga mampu menyelamatkan seseorang tanpa menjalani latihan perubatan.

Masuk sahaja ke dalam sebuah hospital besar, Shi-on menghadapi kekangan apabila asyik dipandang rendah oleh pesakit dan juga rakan doktornya yang lain, namun doktor yang baik itu berusaha kerasa untuk mengatasinya.

8. Cheese In The Trap

cheese in the trap

Walaupun Yoo-jung (Park Hae-joon) adalah seorang pelajar pintar selain berbakat dalam bidang sukan dan mempunya personaliti yang baik, tiada siapa tahu bahawa lelaki itu mengalami masalah kecelaruan personaliti anti-sosial.

Bagaimanapun, perkenalannya dengan Hong-seol (Kim Go-eun) membuatkan dia mula memngubah sedikit tanggapan buruknya mengenai orang lain.

9. Flower Of Evil

episod awal flower of evil

“Flower Of Evil” ialah sebuah thriller penuh saspens mengenai Baek Hee-sung (Lee Jun-ki) yang menyembunyikan kisah lampaunya dan berpura-pura mencintai isterinya, Cha Ji-won (Moon Chae-won). Apabila wanita itu yang merupakan seorang detektif mula mengesyaki bahawa suaminya mungkin adalah seorang pembunuh bersiri, pasangan tersebut kini diheret ke lembah kebenaran yang mendebarkan.

Malahan Baek Hee-sung juga menyorokkan kebenaran bahawa dia mengalami masalah kecelaruan personaliti anti-sosial dan berusaha berlakon supaya dapat menonjolkan sesuatu emosi kepada isteri dan anaknya.

10. Clean With Passion For Now

cleaning with passion for now

Jun Sun-gyeol (Yoon Kyun-sang) mempunyai masalah kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) yang sangat serius dek trauma yang dialaminya semasa kecil. Selepas insiden tersebut, lelaki itu menjadi seorang yang sangat pentingkan kebersihan dan ia menyukarkan dia melalui kehidupan seharian dan mempunyai hubungan secara normal.

Namun pertemuan dengan Gil Oh-sol (Kim Yoo-jung) yang ‘caca marba’ dan kurang mementingkan kebersihan menyebabkan Sun-gyeol terpaksa mula mengubah tabiat asalnya. Dengan caranya tersendiri, gadis itu membantu lelaki tersebut melawan masalahnya tersebut.

Ada tak antara drama ini yang menjadi kegemaran anda?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...