Ikuti Kami:

“Wajah Pasangan Anda..” – Rain Dedah Pentingnya ‘Rupa’ Dalam Hubungan

“Wajah Pasangan Anda..” – Rain Dedah Pentingnya ‘Rupa’ Dalam Hubungan

Ramai yang kata bagi sesebuah hubungan, rupa bukanlah segalanya. Tapi, tidak bagi Rain.

Pada 21 Disember, Rain telah muncul di dalam satu video yang bertemakan Krismas di rancangan YouTube miliknya “Season B Season” bersama penyanyi Kwon Eun-bi.

Di dalam video tersebut, mereka telah bermain satu permainan di mana mereka perlu memilih salah satu daripada dua pilihan yang diberikan.

Soalan pertama yang diberikan ialah,

Semasa Krismas, jika awak dapat keluar bersama dengan orang yang awak sukai atau terlibat di dalam majlis yang beri bayaran sebanyak RM355 ribu, awak akan pergi yang mana?

sbs

Bagi menjawab, Kwon Eun-bi telah memilih untuk keluar bersama orang yang dia sukai. Malah dia turut menjelaskan ciri-ciri lelaki yang disukainya.

Katanya,

Saya suka lelaki yang nampak lembut seperti tofu. Seseorang yang sesuai dan boleh buat saya bahagia. Saya rasa komunikasi lebih penting dari rupa dan hubungan yang berlandaskan rupa tak akan kekal lama.

Mendengar jawapan Kwon Eun-bi, Rain membalas,

Hubungan berlandaskan rupa akan kekal lama dan wajah pasangan anda sangat penting untuk hubungan awak.

sbs rain (1)

Sebagai respon, Kwon Eun-bi telah memuji Rain dan menyatakan betapa bertuahnya lelaki tersebut kerana dapat menjadi suami kepada antara pelakon wanita tercantik di Korea iaitu Kim Tae-hee.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...