Pelakon Jung Haein sememangnya terkenal kerana mukanya yang nampak muda walhal sudah menjangkau usia 32 tahun. Sehinggakan ada yang ingat dia budak lepasan sekolah! Lelaki kacak ini mula terkenal selepas berjaya menambat hati ramai wanita menerusi lakonannya dalam drama popular seperti “Prison Playbook”, “Something In The Rain”, “One Spring Night” dan banyak lagi.
Tak cukup dengan itu, dia kini sedang membintangi rancangan realitinya sendiri iaitu “Jung Haein’s Travel Log” di mana dia menjelajah ke tempat impiannya secara backpacking bersama dua rakan selebriti yang lain. Rata-rata penonton gemar menonton rancangan ini kerana mereka dapat melihat sisi Jung Haein yang lain daripada perwatakan yang sering dibawa dalam dramanya.
Untuk episod ke-8 “Jung Haein’s Travel Log” yang ditayangkan baru-baru ini, lelaki itu dan hos lain telah melawat Niagara Falls yang juga merupakan salah satu keinginan yang diimpikan oleh Jung Haein dalam bucket listnya. Destinasi ini juga merupakan tempat terakhir yang dilawati mereka untuk rancangan dokumentari itu.
Disebabkan dia perlu menunjukkan passportnya untuk melepasi sempadan Kanada, kamera terus merakamkan buku tersebut dan zoom in ke gambar passportnya.
Dek terlampau kemas dan kacak, bukan sahaja hos lain memujinya bahkan penonton yang melihat sedutan tersebut terpempan melihat kecantikan wajahnya.
“Wow itu adalah gambar passport yang paling kacak pernah saya tengok.”
“Bersih sungguh wajahnya~”
“Jikalau dia bukan selebriti dan bekerja sebagai polis atau pun dalam bidang kewangan, sudah pasti ramai wanita yang akan mengerumuninya… wow…”
“Itu adalah wajah yang membantu anda melepasi semua benda dalam hidup.”
“Dia ada air muka seorang abang yang baik, mesti dia ada ramai peminat lelaki juga.”
“Itu adalah wajah yang akan melepasi semua temuduga kerja.”
Kacak betul Jung Haein, patutlah ramai wanita yang jatuh cinta apabila melihatkannya berlakon dalam drama. Dahlah selalu bawa watak lelaki romantik, memang cairlah bila tatap matanya!
Sumber: Netizenbuzz