Ramai katanya yang dah tak sabar nak saksikan gandingan pelakon sebaya Han So-hee dan Song Kang dalam drama “Nevertheless”.
Bakal ditayangkan pada 19 Jun nanti, namun beberapa sedutan pendek naskhah ini sudah pun berjaya membuatkan penonton tersenyum malu dan berdebar menyaksikan keserasian antara mereka berdua.
Bahkan rata-rata penonton nampaknya kagum dengan kemiripan Han So-hee dan Song Kang dengan karakter di dalam webtoon asalnya. Nampak serupa!
Antara komen penonton:
Keselerasan visual mereka sangatlah ‘gila’.
Dah tak sabar nak tonton drama ini.
Saya teruja dengannya.
Sangat handsome dan sangat cantik.
Dipenuhi dengan visual betul!
“Nevertheless” diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, ia membawa kisah seorang wanita bernam Yoo Na-bi, yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta dan seorang lelaki bernama Park Jae-Uhn yang merasakan hubungan cinta adalah menyusahkan namun suka mengorat.
Peminat Han So-hee dan Song Kang pun mesti dah tak sabar tunggu drama ini kan?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.