Kalau cakap tentang pelakon paling cantik dan kacak di Korea, nama Song Hye-kyo dan Cha Eun-woo pastinya tidak akan terkecuali.
Baru-baru ini, Song Hye-kyo dan Cha Eun-woo telah sama-sama tampil di acara makan malam untuk acara Chaumet, yang diadakan di Itali.
Dalam beberapa gambar dan video yang dikongsi, kedua selebriti itu dilihat mesra berinteraksi dan bergambar bersama, memaparkan visual mereka yang tak perlu dipersoalkan lagi.
love the interaction between the royal siblings 💎#SongHyeKyo and #ChaEunWoo#SongHyeKyoXChaumet #ChaumetAmbassador pic.twitter.com/AltAQTnwGr
— 🌸 (@_hyekyolove) June 12, 2024
Malahan, ramai peminat juga telah meluahkan impian untuk melihat Song Hye-kyo dan Cha Eun-woo muncul dalam drama yang sama selepas melihat keserasian mantap antara mereka.
Komen peminat,
- Mereka nampak macam dari keluarga bangsawan.
- Visual mereka memang ‘gila’.
- Saya harap mereka akan muncul dalam drama yang sama.
- Kalau bawa watak adik-beradik ni pun memang sesuai sangat.
- Sorang sangat cantik, sorang lagi sangat kacak.
Korang rasa dorang sesuai bawa watak apa kalau berlakon sekali?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.