Muzik video lagu terbaru IU, “Shopper” telah mempamerkan suasana yang lain daripada yang lain, di mana ianya menunjukkan naratif dua individu yang memulakan penggambaran bersama-sama.
Selain daripada naratif yang menarik, ia juga telah berjaya menarik perhatian ramai disebabkan oleh visual pelakon lelaki utama di dalam video tersebut.
Dalam masa yang sama, pelakon lelaki itu bukan sahaja telah menjadi watak utama, malah dia juga turut mengambil bahagian sebagai pengarah serta penyunting muzik video “Shopper” itu.
Selepas video tersebut tular, peminat telah mendapati bahawa pelakon yang berjaya menarik perhatian ramai itu merupakan DPR IAN.
DPR IAN atau Christian Yu merupakan seorang penyanyi rap dan komposer yang terkenal di dalam industri K-R&B dan hip hop. Di mana, dia sebelum ini merupakan bekas penyanyi idola serta ketua kepada kumpulan C-CLOWN iaitu Rome.
Sejurus selepas identiti lelaki itu dikenal pasti, rata-rata peminat telah meluahkan keterujaan mereka terhadap kolaborasi di antara kedua-dua penyanyi berbakat tersebut.
Antara komen peminat ialah,
Kacaknya dia..
Visual dia buat saya tergamam.
Ni bukan Rome dari C-CLOWN ke?
Dah la kacak, berbakat pula tu.
Saya suka sangat dekat muzik video IU kalini.
DPR IAN memang sangat berbakat.
Ada tak peminat DPR dekat sini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.