Ikuti Kami:

Song Joongki Dilamar Terajui Drama Balas Dendam ‘Youngest Son Of The Chaebol House’

Song Joongki Dilamar Terajui Drama Balas Dendam ‘Youngest Son Of The Chaebol House’

Baru sahaja “Vincenzo” menamatkan tayangan, namun Song Joong-ki dikhabarkan sudah menerima tawaran lakonan yang baru.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Youngest Son Of The Chaebol House” membawa kisah seseorang yang mati selepas dituduh menggelapkan wang satu keluarga kaya meskipun setia berkhidmat selama lebih 10 tahun. Dia kemudiannya dilahirkan semula sebagai anak bongsu kepada konglomerat itu dan mula menjalani misi balas dendam serta mengambil alih keluarga tersebut.

song joongki

Disebabkan ianya merupakan satu drama istimewa yang dipilih JTBC, ianya dikhabarkan bakal memulakan penggambaran pada separuh kedua 2021 selepas kesemua barisan pelakon ditetapkan. Kemudiannya akan menemui penonton secara rasminya pada awal tahun hadapan.

Menurut agensinya History D&C, mereka ada menerima tawaran drama tersebut dan sedang menelitinya kini.

Korang rasa Song Joong-ki akan terima tak tawaran ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...