Bukan setakat drama lakonannya popular, Jung Hae-in turut memperolehi keuntungan yang signifikan dari sebuah vila yang dibelinya enam tahun yang lalu.
Terbaru, Jung Hae-in membeli sebuah vila di Hyosung Villa, sebuah kompleks di kawasan mewah Cheongdam-dong, Gangnam, pada bulan September 2018 dengan harga 4.4 bilion won (RM14.3 juta). Walaupun vila tersebut, yang sudah berusia 40 tahun, mempunyai keluasan tanah seluas 2,543 kaki persegi dan jumlah luas lantai 2,590 kaki persegi, ia memiliki nilai pelaburan yang ketara.
Laporan itu juga menyatakan bahawa vila serupa di kawasan tersebut telah menyaksikan peningkatan nilai yang ketara. Sebagai contoh, unit seluas 2,491 kaki persegi di Hyosung Villa dijual dengan harga 7 bilion won (RM30.4 juta) pada Februari 2022.
Selain itu, projek pembangunan semula ‘Upper House Cheongdam 2nd Phase,’ yang terletak berhampiran kawasan itu, mempunyai harga jualan melebihi 8.3 bilion won (RM26.9 juta) untuk unit seluas 2,943 kaki persegi.
Seorang pakar hartanah mengulas bahawa vila Jung Hae In berpotensi mencapai harga sekitar 1 bilion won per pyeong, menganggarkan keuntungan minimum lebih dari 2.8 bilion won (RM9.1 juta) dalam tempoh enam tahun.
Tahniah!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.