Siapa yang masih belum ‘move on’ dengan lagu “Still Life”?
Pada 16 April, YG Entertainment telah mengeluarkan video reaksi WINNER, iKON dan TREASURE menonton muzik video BIGBANG untuk single baharu mereka “Still Life”.
Ketika muzik video untuk “Still Life” mula dimainkan, ketiga-tiga kumpulan itu menyatakan rasa kagum mereka melihat betapa hebatnya ahli BIGBANG. Terperangkap dalam emosi, Yoshi TREASURE dilihat tidak dapat untuk menahan air mata, dek terharu dengan lirik bermakna lagu tersebut.
Selepas tamat menonton, Bobby iKON mengulas tentang MV dan lagu “Still Life”,
Ia membuatkan anda mengimbau kembali kenangan silam tentang ‘Musim Bunga, Musim Panas, Musim Gugur dan Musim Sejuk’ (tajuk Korea literal ‘Still Life’) yang telah berlalu, dan ia juga membuatkan anda tidak sabar untuk semakin hampiri ‘Musim Bunga, Musim Panas, Musim Gugur dan Musim Sejuk’ yang akan datang. Saya fikir ia adalah cerita tentang kehidupan.
Mino WINNER turut menyatakan pendapatnya tentang lagu tersebut,
Oleh kerana kita semua tahu kisah BIGBANG dengan baik, saya rasa kita dapat merasakan sepenuhnya makna yang terkandung dalam setiap frasa lirik.
Tonton video reaksi penuh di atas!