Ikuti Kami:

(VIDEO) Meski Nampak Kaku, Peminat Puji Song Kang Usaha Menari Lagu ‘Hype Boy’ & ‘HOT’

(VIDEO) Meski Nampak Kaku, Peminat Puji Song Kang Usaha Menari Lagu ‘Hype Boy’ & ‘HOT’

Song Kang nampaknya sanggup untuk melakukan apa sahaja bagi menggembirakan peminatnya ‘Songpyeon’.

Baru-baru ini, Song Kang telah mengadakan acara pertemuan dengan peminat “Kang’s Moment” di Dewan Utama Universiti Yonsei, Seoul.

Selain berborak dan bermain kuiz, pelakon itu turut menunjukkan kebolehan menari dan menyanyinya. Khususnya Song Kang berkata,

Saya telah belajar beberapa gerakan tarian baru-baru ini. Saya boleh menari lagu ‘Hype Boy’ dan ‘HOT’.

Selepas lagu mula dimainkan, pelakon “Sweet Home” itu terus bangun dan mula menari lagu “Hype Boy” nyanyian asal kumpulan NewJeans. Kemudian, dia turut menyokong rakannya Min-gyu dari SEVENTEEN dengan turut menari lagu “HOT”.

Meskipun kelihatan kaku dan ‘keras’ ketika menari namun, peminat tetap terharu Song Kang sanggup untuk keluar dari zon selesanya, bagi menunjukkan sesuatu yang baru kepada peminat.

https://twitter.com/sko2o2/status/1624352088141750274?s=20&t=vHQV4WolPiqjKUuyuT_AMw

Antara komen yang ditulis,

Rasanya Song Kang tak biasa untuk menari lagu moden seperti ini. Dalam ‘Navillera’, dia sangat hebat menari ballet!

 

Dia tetap nampak comel walaupun sedikit kaku.

 

Song Kang mesti banyak praktis untuk menari seperti ini, jadi saya sangat hargainya!

Comel je Song Kang!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...