Ikuti Kami:

Video Di Saluran YouTube Baekhyun EXO Dipadam, SM Entertainment Beri Respon

Video Di Saluran YouTube Baekhyun EXO Dipadam, SM Entertainment Beri Respon

Pastinya ramai EXO-L yang tertanya-tanya selepas hampir semua video YouTube Baekhyun dari kumpulan EXO tiba-tiba ditetapkan dalam mod peribadi baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, Baekhyun telah merakamkan pelbagai video untuk ‘KyoongTube’ sebelum dia menyertai latihan ketenteraan dan ianya dimuat naik satu persatu pada saban bulan bagi mengubati kerinduan peminat.

Selepas pelbagai spekulasi dan tekaan, akhirnya SM Entertainment membuka mulut bagi menjelaskan hal berkenaan,

Kami mengumumkan yang kami akan berhenti memuat naik kandungan ‘KyoongTube’ hingga ke hari Baekhyun menamatkan latihan.

Kami telah memuat naik satu video pra-rakaman pada setiap bulan sepanjang tempoh latihan Baekhyun sebagai balasna buat kasih sayang yang diberikan peminat.

Meskipun ianya tidak melanggar undang-undang untuk memuat naik kandungan yang telah dirakamkan dan direkod sebelum menyertai latihan ketenteraan. Bagi mengelakkan salah faham lagi meskipun ianya bukan niat kami, kami memilih untuk memadam kesemua kandungan yang dimuat naik selepas Baekhyun memasuki tentera.

Kami minta peminat memahaminya.

kyoongtube baekhyun

Menurut undang-undang ketenteraan Korea, tentera yang sedang berkhidmat tidak boleh terlibat dengan aktivti yang memberi keuntungan atau mempunyai kerja sampingan.

Alaaa dah tak boleh tengok KyoongTube lepas ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...