Biasanya, peminat K-Pop pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki barangan seperti album atau kad foto yang dikeluarkan oleh idola kegemaran masing-masing.
Namun baru-baru ini, satu video yang menunjukkan seorang gadis peminat K-Pop menangis, selepas bapanya membakar kesemua barangan K-Popnya telah tular di media sosial.
Khususnya, menerusi video tersebut, ibunya merakam reaksi anaknya dan menulis bahawa barangan K-Pop anaknya telah dibakar tanpa pengetahuannya. Tambahan pula, barangan K-Pop itu merupakan pemberian dari kawan dan ada juga yang dibeli sendiri dengan harga yang mahal.
https://www.tiktok.com/@cikatienn/video/7146386491919453466
Video tersebut yang meraih lebih 1.6 juta tontonan setakat ini, telah menerima banyak kecaman dan kritikan dari netizen. Ada yang beranggapan bahawa ini bukanlah cara untuk mendidik anak, malahan hanya menambah trauma dalam hidupnya.
Antara komen netizen mengenai video tersebut:
Kalau suatu hari budak tu memberontak, jangan tanya kenapa.
Anak minat je bukan taksub. Saat ni la yang akan buat anak ada rasa dendam dalam diri.
Yang dia bakar sebenarnya tu adalah jiwa anak dia. Ada cara nak didik anak, bukan macam ni caranya.
Benda tu dah la mahal, kalau ibu bapa tak suka boleh je cakap elok-elok dulu, bukan terus bakar.
Sedih tengok budak tu..