Utama K-Pop VICTON Bakal Rilis Lagu Khas Buat Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke-5

VICTON Bakal Rilis Lagu Khas Buat Peminat Sempena Ulang Tahun Debut Ke-5

VICTON

Pada 25 Oktober, Play M Entertainment iaitu agensi kepada VICTON telah mengumumkan bahawa kumpulan tersebut akan mengeluarkan lagu khas buat peminat yang sangat istimewa pada 9 November ini.

Tahun ini pada 9 November, VICTON juga akan menyambut ulang tahun ke-5 mereka sejak debut.

Untuk memperingati peristiwa penting itu, VICTON akan melancarkan lagu yang sangat istimewa yang didedikasikan untuk peminat tercinta VICTON, serta rancangan istimewa yang bakal diumumkan tidak lama lagi.

VICTON Voice The Future Is NowIni merupakan keluaran single baru VICTON untuk pertama kalinya dalam 10 bulan sejak album penuh pertama mereka “VOICE: The future is now” yang mula dikeluarkan pada bulan Januari yang lalu.

Mesti ALICE (nama kelab peminat VICTON) tak sabar!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERMBN
Loading...