Ikuti Kami:

V LIVE Bakal Tamatkan Perkhidmatan Menjelang Akhir Tahun Ini

V LIVE Bakal Tamatkan Perkhidmatan Menjelang Akhir Tahun Ini

Nampaknya, platform siaran langsung V LIVE akan secara rasmi menamatkan perkhidmatannya menjelang akhir tahun ini.

Bagi yang belum tahu, pada awal tahun lepas, telah diumumkan bahawa Big Hit Entertainment dan Naver akan bekerjasama untuk menggabungkan pengguna, kandungan dan perkhidmatan platform komuniti peminat di Weverse dan V LIVE.

Kini, selepas V LIVE telah disatukan ke dalam Weverse, Naver mengumumkan bahawa perkhidmatan asal platform itu akan ditamatkan sepenuhnya pada 31 Disember 2022.

VLIVE

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan:

Helo, ini adalah V LIVE. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kami kerana menggunakan perkhidmatan V LIVE, rancangan siaran langsung yang menampilkan bintang dan peminat.

Notis ini adalah untuk memaklumkan anda bahawa V LIVE akan menamatkan perkhidmatannya pada 31 Disember 2022.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang menunjukkan rasa cinta mereka terhadap perkhidmatan V LIVE sepanjang tahun ini dan kami akan melakukan yang terbaik untuk meminimumkan sebarang kesulitan yang disebabkan oleh penamatan perkhidmatan kami.

Selain itu, segala maklumat terperinci mengenai penamatan perkhidmatan V LIVE boleh didapati di SINI.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...