V BTS sekali lagi cipta rekod baharu dengan lagu solonya!
Pada 4 Januari, Billboard secara rasmi mengumumkan bahawa “Christmas Tree” nyanyian V, dikeluarkan sebagai sebahagian daripada runut bunyi untuk drama baharu teman rapatnya Choi Woo-shik, “Our Beloved Summer”, telah memulakan debutnya di No. 1 dalam carta Jualan Lagu Digital (ranking mingguan lagu terlaris di Amerika Syarikat).
Cipta rekod baru, V kini telah menjadi artis solo Korea pertama yang membuat debutnya di No. 1 dalam carta Jualan Lagu Digital dengan lagu solo dan “Christmas Tree” juga telah menjadi lagu OST Korea pertama yang pernah menduduki tempat teratas dalam carta.
This week's top-selling songs:
1. #V Christmas Tree
2. @whoisgayle abcdefu
3. @Adele Easy On Me
4. @DUALIPA Levitating
5. @eltonofficial & @DUALIPA Cold Heart (@pnau Remix)— billboard charts (@billboardcharts) January 4, 2022
Selain V, rakan satu kumpulan, Suga, jadi penyanyi solo Korea pertama yang membuat debut lagu di No. 1 dalam carta pada bulan lalu, tetapi dia melakukannya dengan kerjasama bersama Juice WRLD untuk lagu “Girl of My Dreams”.
Tahniah V!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.