Ikuti Kami:

V BTS & IU Dilihat Keluar Makan Bersama?

V BTS & IU Dilihat Keluar Makan Bersama?

Satu gambar yang didakwa menunjukkan ahli BTS, V, dan IU sedang menjamu selera bersama di sebuah restoran mewah di Seoul telah tersebar dengan pantas di komuniti atas talian dan platform media sosial.

Seorang netizen mendakwa, “Saya nampak V di MOSU TTTTTT.” Dia turut menambah, “Saya biasanya tenang saja bila terserempak dengan selebriti… Tapi V, saya bukan peminat pun tapi dia bukan macam manusia. Kulit dia macam dah kena blur 100 peratus… Dan muka dia 100 peratus mata… Saya masih terkesima… Tapi sekurang-kurangnya saya dapat ambil gambar(?).”

Dalam gambar tersebut, V kelihatan duduk bertentangan dengan seorang wanita yang memakai topi bertepi lebar dan kemeja flanel. Ramai peminat segera membuat spekulasi bahawa wanita tersebut adalah IU, berdasarkan kemeja flanel yang dikatakan merupakan antara pakaian kegemaran IU.

iu v

Selain itu, beberapa netizen turut tertanya-tanya sama ada V dan IU keluar makan bersama untuk meraikan ulang tahun kelahiran IU yang ke-32, kelmarin.

Untuk makluman, V sebelum ini pernah muncul sebagai watak lelaki utama dalam muzik video IU bertajuk “Love Wins All” pada Januari 2024. Dia juga dilihat menghadiri konsert encore IU di Seoul pada September tahun yang sama.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Seoul

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...