Ikuti Kami:

V BTS Dipuji Guna Bahasa Isyarat Berinteraksi Dengan Peminat

V BTS Dipuji Guna Bahasa Isyarat Berinteraksi Dengan Peminat

V BTS semestinya terkenal dengan personalitinya yang sering mengutamakan perasaan peminatnya.

Semua pasti dah tahu kan, V BTS baru-baru ini sudah mula debut sebagai penyampai radio untuk menggantikan Kim Ea-na buat sementara waktu di “Starry Night”.

Baru bersiaran pada 27 dan 28 September lalu, V sering menggunakan masa terluang sewaktu ruangan iklan, dengan berinteraksi bersama peminat yang hadir di luar konti radio.

Terdapat satu video yang mula tersebar di kebanyakkan platform media sosial di mana, V dilihat berinteraksi bersama peminat kelab ARMY. Mereka tersentuh kerana V berinteraksi dengan peminat yang mempunyai masalah pendengaran dengan menggunakan bahasa isyarat.

Tindakan V semestinya layak dipuji kerana dia tidak membiarkan peminatnya rasa ketinggalan walau apa pun kekurangan yang dialami mereka.

Bagusnya V!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...