Ikuti Kami:

V BTS Dilapor Sertai Park Seojoon & Choi Wooshik Dalam Spin-Off ‘Youn’s Kitchen’, Betul Ke?

V BTS Dilapor Sertai Park Seojoon & Choi Wooshik Dalam Spin-Off ‘Youn’s Kitchen’, Betul Ke?

Ada tak kat sini yang layan program “Youn’s Kitchen”?

Untuk pengetahuan, tvN telah mengesahkan bahawa PD Na Young-suk akan melancarkan program baru yang dipanggil “Seo Jin’s”, spin-off daripada rancangannya “Youn’s Kitchen”, mengenai ahli yang membuka restoran Korea di luar negara.

Dengan Youn Yuh-jung sibuk menjalani penggambaran musim kedua “Pachinko”, Lee Seo-jin akan mengambil alih sebagai bos restoran baru dan akan disertai Park Seo-joon, Jung Yu-mi dan Choi Woo-shik.

Terbaru pada 6 Disember, V BTS turut dilaporkan akan sertai program yang sama, dan dia telah pun pergi ke Mexico bagi melakukan penggambaran bersama Park Seo-joon dan Choi Woo-shik. Setelah pelbagai spekulasi dibuat, tvN akhirnya tampil memberi respon,

Mengenai kemungkinan V BTS akan muncul dalam rancangan tvN baru ‘Seo Jin’s’, kami sedang dalam proses menyemak sama ada ia benar dengan penerbit yang sedang menjalani penggambaran di lokasi di luar negara. Disebabkan perbezaan zon waktu, kami mengambil sedikit masa untuk menyemak fakta, jadi kami meminta pemahaman anda.

tvn spin off youn's kitchen

Selain itu, tvN juga memilih untuk tidak mendedahkan dengan tepat di mana lokasi penggambaran program berkenaan dilakukan.

Demi penggambaran yang selamat dan lancar, kami tidak boleh mendedahkan lokasi penggambaran terlebih dahulu.

Dalam pada itu, program “Seo Jin’s” dijadualkan untuk tayang pada separuh pertama tahun 2023.

Nantikan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...