V BTS Dedah Lebih Nyenyak Tidur Dalam Kapal Terbang Dari Atas Katil, Peminat Teka Sebabnya
- oleh Fareen
- 3 tahuns lalu
Peminat pasti tahu bahawa V BTS seringkali menjelajah dari Korea Selatan ke negara lain, untuk menyelesaikan kerjanya.
Terbaru pada 4 Julai, V telah tiba di Lapangan Terbang Incheon selepas pulang dari Paris, disambut oleh ramai wartawan dan peminat.
Pada hari yang sama, idola itu telah melakukan siaran langsung menerusi laman Weverse, untuk berborak dan memberi kemas kini tentang kehidupannya pada peminat.
🐯: I sleep best on an airplane rather than in a bed or in a car. I think for a good night’s sleep the plane suits me the best. This is the TMI I wanted to share since Armys like TMI
WELCOME HOME TAEHYUNG
pic.twitter.com/e9KhHv8LbX— TAE GUIDE (@taeguide) July 4, 2023
Ketika sedang berborak, V turut mendedahkan satu perkara tentang dirinya,
Sebenarnya, saya akan mendapat tidur yang terbaik di dalam kapal terbang berbanding di atas katil, dalam kereta atau tempat lain. Inilah TMI yang saya ingin kongsikan.
Menerusi Twitter, peminat memberi respon,
V mesti suka sedikit ‘white noise’ semasa tidur!
Adakah ini kerana dia telah terlalu banyak menjelajah, dia mendapati tidur dalam kapal terbang lebih selesa dari atas katil.
Itulah yang berlaku apabila awak sepertinya dah tinggal di atas kapal terbang.
Sementara itu, peminat juga turut terharu kerana V sanggup meluangkan masa untuk berbual bersama mereka, meskipun selepas perjalanan yang panjang dari Paris ke Korea Selatan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




