Ikuti Kami:

V BTS Cedera, Terpaksa Duduk Di Konsert Ketika Persembahan

V BTS Cedera, Terpaksa Duduk Di Konsert Ketika Persembahan

Pada malam semalam, kumpulan lelaki hebat dan popular iaitu BTS, telah mengadakan konsert ‘Permission to Dance’ hari pertama di Los Angeles, California.

Walau bagaimanapun, Big Hit Music iaitu agensi kepada BTS telah mengumumkan bahawa V, ahli kumpulan tersebut, tidak akan mengambil bahagian dalam koreografi untuk konsert PERMISSION TO DANCE ON STAGE hari pertama, kerana kecederaan di betisnya.

Dalam pernyataan yang dikongsi di laman Weverse milik BTS, Big Hit Music menyatakan bahawa V merasa sakit di betisnya semasa latihan untuk konsert, dan setelah berunding dengan perubatan, disarankan agar dia tidak mengambil bahagian dalam koreografi buat masa ini.

v bts permission to dance stageARMY, iatu nama kelab peminat BTS turut sedih dan risau atas pengumuman yang diberikan itu. Namun begitu, tetap memberikan sokongan kepada artis tersebut.

Semasa di konsert, V berkongsi,

Saya sebenarnya berasa sedih hari ini. Kecederaan itu datang secara tiba-tiba. Saya berlatih untuk mengantisipasi betapa gembiranya saya semasa konsert, tetapi yang memalukan, saya harus duduk di dalam konsert yang sebenarnya. Saya akan menjaga diri saya dengan betul dan menunjukkan kepada anda apa yang tidak dapat saya tunjukkan pada malam ini.

Walaupun cedera, V tetap nampak bersemangat di konsert semalam!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...