Penonton Malaysia nampaknya dah termasuk dalam lubang “Start-Up” yang paling dalam sehingga tak terlepas untuk membuatkannya kekal di tangga teratas bagi rancangan TV popular.
“Start-Up” berlatarbelakangkan ‘Silicon Valley’ fiksyen Korea yang diberi nama ‘Sandbox’ dan ia membawa kisah mengenai individu yang terlibat dalam dunia syarikat ‘start up’. Malah ia diterajui oleh pelakon hebat seperti Kim Seon-ho, Kang Han-na, Nam Joo-hyuk dan Bae Suzy.
Sejak ditayangkan, “Start-Up” berjaya menawan hati penonton dan meraih rating yang baik pada saban episod. Malah drama ini juga kekal berada di tangga teratas dalam senarai rancangan popular di Malaysia sejak beberapa minggu lepas lagi sehingga susah juga drama Korea lain ingin melawannya. Hebat!

Kekal di tangga teratas di Netflix Malaysia

Tempat pertama di Netflix Malaysia kini
Ramai betul yang suka menonton “Start-Up” kan? Mungkin sebab plot atau pun lakonan hebat daripada barisan pelakonnya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.