Ikuti Kami:

Usia Hampir Menjangkau 40-an, Netizen Terpana Lihat Ketampanan Lee Dongwook!

Usia Hampir Menjangkau 40-an, Netizen Terpana Lihat Ketampanan Lee Dongwook!

Walaupun sudah menjangkau usia 39 tahun, pelakon lelaki terkenal iaitu Lee Dongwook masih tetap macho dan tampan. Bukan sahaja digilai oleh gadis remaja, bahkan mak cik- mak cik peminat K-Drama juga terbuai apabila menyaksikannya berlakon. Kalau anda nak tahu, pelakon lelaki itu sekarang sibuk dengan penggambaran drama misteri thriller iaitu ‘Hell Is Other People’ yang ditayangkan di saluran OCN. Rata-rata penonton terkejut melihat perubahan Lee Dongwook yang romantik kepada seorang lelaki yang menakutkan di dalam drama itu.

Walaupun tampil menyeramkan dalam drama itu, dalam dunia nyata, Lee Dongwook masih lagi lelaki macho seperti yang kita semua kenali. Kini dia juga membela rambutnya sedikit panjang sehingga ke paras bahu bagi membawa watak misteri itu. Meskipun berpenampilan begitu, kebanyakan netizen masih terpana melihat ketampanannya. Pendek kata, buatlah gaya rambut apa pun, Lee Dongwook tetap handsome!

Kemunculannya baru-baru ini di sebuah acara solekan jenama terkenal iaitu Chanel di Seoul turut menjadi bualan netizen. Berpakaian serba hitam tak mampu menenggelamkan aura tampannya. Tak nampak langsung selebriti lain yang turut hadir, semua pandangan dihalakan kepada Lee Dongwook.

lee dongwook tampan macho

Netizen juga tak terlepas meninggalkan komen memuji wajah lelaki itu yang sangat unik dan handsome.

“Wow, dia nampak seperti pelakon dari negara luar.”

“Kalaulah negara itu ada keluarkan filem vampire, heronya mestilah Lee Dongwook. Pucat, langsing, bibir merah dan pandangan mata yang tajam..”

“Semakin tua, dia semakin tampan.”

“Wow… seksi dan matang.”

“Hebat bagaimana dia semakin tampan walaupun semakin berusia.”

Lee Dongwook ini memang semakin meningkat usia, semakin tampan. Dia tetap nampak seksi walaupun sudah menghampiri umur 40 tahun. Siapalah yang bertuah dapat memenangi hatinya suatu hari nanti?

Sumber: Netizenbuzz

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...