Siapa sangka sudah hampir 14 tahun ahli “Running Man” berlari bersama..
Dalam episod terbaru “Running Man”, kesemua ahli telah menyambut dengan lebih awal pengembaraan sambutan hari jadi ke-60 Ji Suk-jin walhal lelaki itu masih berusia 57 tahun. Ulasnya penuh perasaan,
Sejujurnya, tidaklah mudah untuk menjadi popular seperti zaman kita dahulu. Kalau dulu, peluangnya lebih banyak. Yang menyedihkan ialah situasi sekarang sangat mencabar. Ini adalah satu cabaran hebat. Kita perlu memiliki keyakinan diri untuk menghadapinya.
Yoo Jae-suk juga sempat memberikan ucapan bermakna buat ‘abangnya’ itu,
Sudah 14 tahun saya bekerja bersamanya. Mulai dari 40-an, dia bakal mencecah usia 60-an nanti. Awal dahulu, dia tidak mampu menyesuaikan diri selepas 2 minggu bersama malah banyak menerima tawaran untuk menjadi hos bagi rancangan lain. Tapi dia yang paling gembira kini selepas menjadi ‘pemula perlumbaan’.
Sekejap je rasakan mula bersama mereka..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.